Masakan jantung ini berdegup tenang melihat saudaraku teraniaya...
Masakan jasadku nyenyak bermimpi terkenang anakmu kelaparan...
Masakan lidahku diam membisu terkenangkan nasibmu dizalimi...
PALESTIN, jiwaku bersama kamu!
Insaflah kita mengenangkan nasib saudara kita di sana. Menjadi kewajipan umat Islam untuk membantu saudara Islam nya yang lain.
"Ketua Persatuan Ulama Dunia, Syeikh Yusuf Qardhawi mengeluarkan fatwa syar’i yang menegaskan wajibnya membantu orang-orang Palestina. Qardhawi menganggap bantuan itu sebagai kewajiban (fardhu) atas kaum muslimin.
Sementara itu seorang intelektual dan penulis islam, Muhammad Salim Al’awa mendorong kaum muslimin untuk segera mengeluarkan sebahagian dari harta mereka untuk membantu orang-orang Palestina."
Saya diberi kesempatan untuk menonton tayangan Tears of Gaza yang ditayangkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tayangan yang menyaksikan kekejaman rejim zionis Israel terhadap rakyat dan tanah bumi Palestin. Apakah umat Islam hari ini masih boleh berdiam diri? TIDAK! Kesedaran terhadap apa yang berlaku di Palestin perlulah dipupuk kepada masyarakat kita hari ini. Jangankan kerana mengenangkan sedikit harta dan kenikmatan kita di dunia sehingga kita melupakan hak dan kewajipan kita membantu saudara kita di sana!
Anak muda juga perlu bangkit lantang menentang! Isu Palestin bukanlah isu remeh. Palestin memerlukan sokongan umat Islam seluruh dunia menghulurkan tangan membantunya.
Tanyalah pada diri, apa yang telah aku buat hari ini untuk Palestin? Dan sudahkah aku bersama-sama membantu Palestin. Semoga Allah merahmati saudara kita di sana insyaAllah.
Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel
Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu. Baca selanjutnya.... http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=133
Apa kata Tuan Guru Nik Aziz?
Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel. -http://www.blogtokguru.com/kematian-osama-bin-laden-respon-saya/

0 comments:
Catat Ulasan