Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum buat para pembaca sekalian,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. KepadaNya kita berharap, berdoa, menyembah serta meminta pertolongan. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW, penghulu serta penutup segala Rasul, juga buat ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya yang mulia dan soleh serta berjasa besar kepada seluruh umat Islam hari ini dan ucapan sejahtera juga buat umat Islam seluruhnya. Semoga kita diberkati oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Sebelum ini saya pernah menulis beberapa blog termasuk blog peribadi, bisnes, muzik dan sebagainya. Saya juga pernah menulis blog ber'genre' keagamaan yang diberi nama Intelligi pada suatu ketika dahulu. Akan tetapi blog yang lama itu sudah pun saya tutup atas sebab-sebab tertentu. Syukur kepada Allah SWT atas petunjuk hidayahNya yang menerangi jalan kita hamba-hambaNya.
Kini saya kembali lagi dengan memberi nafas baru buat blog ini dan diharap dengan izin Allah SWT, ia dapat memberi manfaat buat kita semua dengan sedikit perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini.
Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
(HR Muslim)
Saya juga berharap menerusi penulisan ini saya dapat membina sahabat baru tidak kiralah pembaca, blogger, penuntut ilmu dan sebagainya.
Di dalam meniti perjalanan kehidupan dan dengan harapan agar kita tidak lari dari tujuan sebenar kehidupan di dunia ini, saya berpendapat kita perlu senantiasa menerapkan budaya berpesan-pesan dan diharapkan melalui blog ini ia dapat memberi sedikit perkongsian serta peringatan buat anda dan saya.
Sekiranya terdapat kelemahan atau kesalahan pada penulisan saya yang kurang matang ini, diharapkan agar dapat diperbetulkan dan ditegur buat kebaikan kita bersama.
Akhir kata, saya berharap anda dapat mengambil sedikit sebanyak manfaat dari apa yang dinukilkan dan sekiranya anda ingin berhubung dengan saya, boleh lah email di afiqme@gmail.com. Anda juga turut dibenarkan untuk mengeluarkan semula artikel di blog ini, hanya sertakan sekali link balik (link asal) ke blog ini.
Sekian, terima kasih.
Seks Songsang Dalam Dunia Yang Rencam
2 beberapa hari yang lalu
