Hebatnya hidupan laut ciptaan Allah SWT


Fakta 1: Hebatnya makhluk ciptaan Allah SWT! Haiwan-haiwan ini meskipun tinggal di kawasan yang  tertutup di Aquaria, mereka boleh mengetahui masa makan mereka. Contohnya jika feeding time mereka pada pukul 5.30 petang, pada jam 5.15 ikan-ikan itu sudahpun berpusing-pusing di dalam kolam menunggu penyelam untuk memberikan makanan kepada mereka. Mereka dapat menyusun tabiat mereka tanpa memerlukan jam tangan!


Fakta 2: Haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam seperti ular meskipun mereka tidak dapat melihat matahari, tetapi mereka juga dapat mengetahui bahawa hari sudah siang ataupun malam. Bayangkan manusia yang ditempatkan di dalam sebuah bilik tanpa ada tingkap, apakah kita mampu mengetahui hari sudah pun siang atau malam?


Fakta 3: Ikan sumpit mampu untuk menyumpit air kepada mangsanya dengan tepat! Bayangkan jika ia mahu menyumpit anak mata anda, maka sumpitan air itu akan kena pada mata anda.

Ikan sumpit atau Archer fish. Sumber: Net
---------------------------------------------------------------------------------
Lokasi: Aquaria. KLCC


Alhamdulillah semalam saya dapat menyertai trip ke Aquaria, KLCC yang dianjurkan oleh DCIS Society, Kolej Islam Antarabangsa. Aquaria memang satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Di sini anda boleh mendekati makhluk ciptaan Allah SWT di lautan dengan lebih dekat lagi. insyaAllah.

1 comments:

siti nenao berkata...

wahhh bestnyer.. xsempat pegi lagi

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010-2012 Pen Intelligi
Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes
Layout modified by Afiqme Artwork
Sponsored by Internet Entrepreneur