![]() |
| As Sahar band. Resource: Net |
Band Black Metal pertama yang saya dengar adalah Hecate Enthroned. Kasetnya saya beli dan pada ketika itulah pertama kali saya kenal Black Metal sebagai satu aliran muzik.
Sejak hari itulah saya mula mendalami aliran muzik ini, muzik sebegini sebenarnya dilihat sebagai salah satu alternatif kepada suasana muzik Malaysia yang sangat membosankan pada ketika itu. Black Metal menghidangkan pendengarnya dengan bunyian guitar yang sangat keras dan pukulan dram yang sangat padu.
Lambang pentagram dan salib terbalik menjadi kebiasaan di mata saya kerana rata-rata band Black Metal menggunakannya di dalam logo band mereka atau konsert mereka.
Pada ketika itu, semua pengikut yang saya kenal rata-rata mengatakan bahawa hanya melayan muziknya sahaja serta mereka menolak tepi sebarang unsur syaitan atau penolakan kepada agama. Alasan ini adalah sangat popular di kalangan mereka!
Walau apapun alasan yang diberi, kita perlu melihat kepada asas sesuatu perkara itu sendiri. Asas bagi Black Metal adalah satanisme, penolakan kepada agama, pengagungan kepada syaitan yang mereka panggil sebagai lucifer atau baphomet. Video klip band Black Metal pula dipenuhi dengan adegan ritual pemujaan syaitan serta dipenuhi dengan darah.
Black Metal adalah kufur. Mendengar muziknya walaupun tidak bersetuju dengan lirik yang didendangkan juga adalah perlakuan yang haram di sisi agama. Apatah lagi jelas di dalam Al-Quran menyatakan syaitan adalah musuh manusia yang nyata.
Hal ini tidak sepatutnya diperdebatkan lagi oleh seorang yang beragama Islam. Dia wajib menolak unsur sebegini secara total. Ini kerana ia melibatkan soal akidah. Bagaimana boleh melayan lagu-lagu yang di dalamnya sedang memuja-muja syaitan sambil di dalam masa yang sama kita mengatakan membenci syaitan?



0 comments:
Catat Ulasan