Bukan semata-mata 'Seksualiti merdeka'

Isu mengenai perhimpunan 'Seksualiti Merdeka' menjadi hangat dua tiga hari ini. Syabas buat umat Islam di negara ini yang kedengarannya sepakat di dalam permasalahan ini. Malahan khutbah jumaat tengah hari tadi juga turut membicarakan mengenai pentingnya kita membendung homoseksual serta agenda yang dibawa oleh penganjur perhimpunan tersebut.

Apa yang ingin saya tekankan di dalam artikel kali ini bukanlah semata-mata untuk mengajak anda terus berjuang menentang agenda seperti ini, tetapi saya ingin mengajak anda bersama-sama kita muhasabah kembali fenomena serta gejala homoseksual yang sebenar berlaku di negara kita. Pernahkah kita terfikir, jika tanpa agenda yang cuba dibangkitkan oleh penganjur perhimpunan 'Seksualiti Merdeka' ini, adakah kita akan bangkit serta lantang menentang gejala songsang ini?

Kita boleh lihat di sekolah-sekolah atau kawasan perumahan kita, kita akan dapati mungkin ada 2-3 orang budak yang kelihatannya lelaki tetapi lembut serta cenderung ke arah menjadi pondan, maka apakah tindakan kita? Jika kita sebagai guru sekolah, apakah kita sudah mempunyai perancangan atau agenda bagi membasmi gejala buruk ini? Bagaimana pula jika ada anak kawan-kawan kita yang sedemikian, adakah kita sudah cuba menasihati rakan kita agar dia menasihati anaknya?

Perkara sebeginilah yang selalunya dipandang ringan oleh masyarakat. Sehingga apabila dewasa sudah menjadi parah, barulah kita mula menuding jari ke sana sini sedangkan kita sama-sama mampu mencegahnya sejak dari awal lagi.


Adakah kita juga pernah terfikir, setelah tamatnya isu Seksualiti Merdeka ini, apakah kita juga akan berhenti berkempen mencegah gejala ini?

Saya menyeru kepada rakan-rakan serta seluruh masyarakat agar kita bersama-sama membasmi gejala seperti ini tidak kiralah di ketika isu ini menjadi besar dan panas atau tidak. Malangnya kita melihat, jika ada kelompok pondan atau maknyah, bukannya hendak dinasihatinya, tetapi kita melihat ada segelintir yang mencaci maki golongan sebegini. Golongan sebegini memanglah di dalam kategori yang dilaknat oleh Allah akan tetapi sudahkah kita menyampaikan dakwah kepada mereka? Bersama-samalah kita memupuk semangat berpesan-pesan kerana ia merupakan tanggungjawab kita hidup bermasyarakat.

P/S: Saya bersetuju dengan solution yang dikemukan oleh Dr. Asri (baca di sini) mengenai konsert Elton John. Semoga ia akan dilaksanakan.

Artikel berkaitan:

  1. Gejala homoseksual
  2. Bantah konsert artis songsang, Elton John

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010-2012 Pen Intelligi
Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes
Layout modified by Afiqme Artwork
Sponsored by Internet Entrepreneur