Persoalan jika terberi sedekah pada yang bukan memerlukan

Soalan:
Salam, apa pandangan enta jika sewaktu enta pulang dari solat jumaat atau di mana-mana, tiba-tiba ada ramai orang peminta sedekah berdiri di depan masjid sambil menghulurkan bekasnya untuk meminta derma. Walhal, orang-orang tersebut masih sihat tubuh badannya. Adakah budaya meminta seperti ini wajar ada di negara kita. Bukan ana tak suka budaya sedekah. Tetapi, ana akan memberi jika org tu betul-betul memerlukannya.

Jawapan:
Waalaikumussalam, insyaAllah saya cuba jawab.

Orang yang meminta sedekah ni memang bermacam gaya dan ragam. Sihat dan tak sihat, malas dan rajin, betul mahupun penipu. Itu semua bukan menjadi masalah (menghalangi kita bersedekah) kerana ada hadis yang menyebut:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: seorang lelaki berkata: "Sesungguhnya aku akan bersedekah". Lalu dia membawa sedekahnya lalu diletakkan di rumah seorang pencuri (tanpa pengetahuannya). Pagi keesokannya orang ramai bercakap mengenainya bahawa seorang pencuri telah diberi sedekah.


Dia berkata: "Ya Allah, bagiMu segala pujian. Sesungguhnya aku akan bersedekah". Lalu dia membawa sedekahnya lalu diletakkan di rumah seorang penzina. Dia berkata: "Ya Allah, bagiMu segala pujian. Sedekahku jatuh di tangan penzina (tanpa pengetahuannya). Sungguh aku akan bersedekah". Lalu dia meletakkan sedekahnya di rumah orang kaya (tanpa pengetahuannya). Pagi keesokannya orang ramai bercakap mengenainya bahawa orang kaya diberi sedekah.


Dia berkata: "Ya Allah, bagiMu segala pujian. Kepada pencuri, penzina dan orang kaya". Lalu dia didatangi dalam mimpinya dan dikatakan kepadanya: "Adapun sedekahmu kepada pencuri, semoga membuatnya insaf dari mencuri. Wanita penzina, semoga membuatnya sedar daripada perbuatan zina. Adapun orang kaya, semoga dia mengambil pengajaran dan membelanjakan harta yang dikurniakan oleh Allah."
(HR Bukhari dan Muslim)

Saya berpandangan, sekiranya tidak diketahui status orang tersebut, tak perlulah anda risau nak bersedekah kepadanya. InsyaAllah ada ganjaran pahalanya. Niatkanlah ikhlas untuk bersedekah. Ini kerana:

  1. Kita kena elak berprasangka. Islam tidak menyuruh kita sehingga merobek dada seseorang untuk mengetahui kebenarannya.
  2. Dikhuatiri menyebabkan orang tersebut tersinggung kalau ditanya bukan-bukan.


Akan tetapi, haram bersedekah kalau sudah diketahui dia akan membelanjakan duit tersebut ke jalan maksiat. Contohnya jika dia memberitahu dengan jelas: "Duit ni saya nak pakai nak pergi disko..."

Ini kerana setiap orang yang membantu orang lain melakukan maksiat turut dikira membuat kesalahan yang sama. Ia sama juga dengan orang yang membantu orang lain membuat kebaikan, turut dikira membuat kebaikan tersebut.

Harap penjelasan di atas dapat membantu insyaAllah.

Wallahu a’lam.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010-2012 Pen Intelligi
Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes
Layout modified by Afiqme Artwork
Sponsored by Internet Entrepreneur