Dakwah di Facebook

Soalan:
Assalamualaikum. Ana nak tanya salah ke kalau kita selalu update tentang status (facebook) berkaitan agama atau sewaktunya? Adakah patut jika kita dilabelkan sebagai 'ORANG YANG TAKSUB AGAMA'? Then, bagaimana cara kita nak hadapi orang seperti ini? Ana cuma nak minta pandangan enta.

Jawapan:
Waalaikumussalam, insyaAllah saya cuba jawab.

Update status berunsur keagamaan adalah suatu perkara yang sangat mulia. Apatah lagi di kalangan ramai orang hari ni yang update status bukan-bukan. Tetapi di dalam masa yang sama kenalah menjaga sensitiviti orang lain. Melihat kepada persekitaran adalah sangat penting. Ibarat orang yang sibuk berdakwah masa orang tengah sibuk bermain bola atau tengok perlawanan bola (terkecuali jika masih bermain sehingga meninggalkan solat). Perbuatan dakwah itu boleh menjadi suatu yang sia-sia. Sebab itu di dalam apa hal sekalipun, penggunaan akal adalah sangat penting supaya hasil menjadi lebih baik. Kita perlulah bijak menilai situasi. Penggunaan kata-kata yang berhikmah juga sangat penting untuk keberkesanan dakwah.

Kedua, kita perlu faham dengan golongan target dakwah ini. Ibarat kita yang di ketika jahil dahulu, bila orang nak dakwah ja kita rasa semak dan nak lari. Tapi kadang-kadang kita boleh jadi berminat dengan dakwah dia. Jadi kita kena ingat balik, saat bila yang kita rasa berminat tu. Kalau kita asyik bubuh je dekat dia sepanjang masa, benda yang menarik dan baik pun boleh buat orang lari.


Ketiga. Dilabel taksub, poyo dan seumpamanya adalah perkara biasa di dalam kerja dakwah. Usah lah terlalu terasa hati. Kerana perkara sebeginilah kita mendakwah mereka. Kalau mereka sudah beramal soleh, baik tutur katanya, pastilah mereka bukan target utama dakwah kita. Hadis Nabi SAW menyebut:

"Seorang mukmin yang bergaul dan sabar terhadap gangguan orang, lebih besar pahalanya dari yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar dalam menghadapi gangguan mereka."
(HR Ahmad)

Seterusnya, banyak orang marah bila dirinya dilabel wahabi dan sebagainya. Tetapi kadang kala kena check balik mcm mana cara kita berdakwah tu. Saya berpandangan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan;

  1. Utamakan fakta bukan cerita semata-mata.
  2. Utamakan senyuman dari kemarahan
  3. Utamakan kelembutan dari kekerasan. 


Tunjukkan contoh-contoh seorang muslim atau muslimah yang baik. Kalau di facebook, tak perlu banyak dizahirkan kealiman melalui kata-kata. Tak perlu hari-hari bila update status keluar hadith, nasihat etc. Utamakan 'keberkesanan berinteraksi dan kemesraan'. Kasih sayang adalah pengikat terbaik untuk berdakwah. Barulah sahabat kita tak rasa annoying atau rasa kita ni syok sendiri malahan mereka akan lebih rasa dihargai. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010-2012 Pen Intelligi
Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes
Layout modified by Afiqme Artwork
Sponsored by Internet Entrepreneur