Bantah konsert artis songsang, Elton John

Selepas Adam Lambert, seorang lagi penyanyi yang pernah mengakui homoseksual bakal mengadakan konsert di negara ini iaitu Elton John yang dijadualkan akan berlangsung di Genting Highland pada 22 Nov ini.

Adalah sangat mengecewakan apabila konsert sebegini dibenarkan. Di ketika gejala Black Metal, Punk, Skinhead dan pelbagai lagi aliran muzik yang boleh merosakkan rakyat dicegah, kenapa artis-artis yang rosak akhlaknya dan songsang dibenarkan untuk mengadakan konsert di negara ini?

Elton John bukan sahaja seorang gay, malahan beliau turut melangsungkan perkahwinan songsangnya (sama jantina) pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara ini. Apa yang dilakukan oleh beliau ini bukanlah suatu perkara remeh di sisi Islam, malahan kecaman ayat Al Quran adalah sangat jelas di dalam hal ini (sila rujuk artikel di sini).

Menghalalkan seseorang berstatus homoseksual hanyalah mengundang azab Allah SWT. Sangat menyedihkan kerana pada hari ini perkataan seperti homoseks, pondan dan maknyah tidak lagi menjadi perkataan yang jijik dan dibenci malahan golongan sebegini dilihat semakin berleluasa. Perlulah kita bersama-sama membanteras gejala ini demi kebaikan dan kemurnian agama Islam.

Wallahu a’lam.

Di antara artikel berkaitan konsert ini adalah PAS bantah konsert 'maksiat' Elton John - Malaysiakini.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010-2012 Pen Intelligi
Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes
Layout modified by Afiqme Artwork
Sponsored by Internet Entrepreneur