Hukum lelaki memakai inai

Di dalam kemeriahan meraikan pasangan pengantin, ramai di antara kita yang tidak mengambil inisiatif mempelajari hukum fikah mengenai perkara-perkara yang akan dilakukannya sehingga tidak menyedari sesetengah perkara yang dilakukan itu adalah haram dari sudut agama. Contoh perkara-perkara yang dilarang syarak adalah seperti bersanding di hadapan bukan muhrim, berhias-hias melampau batasan serta berlebih-lebihan di dalam menyediakan makanan pada majlis walimah.

Satu lagi perkara yang seringkali kita terlepas pandang adalah mengenai perihal pengantin lelaki yang memakai inai sedangkan mewarnakan anggota badan adalah haram bagi lelaki. Ini termasuk penggunaan inai. Lelaki hanya dikecualikan dari pengharaman ini sekiranya berlaku darurat contohnya kerana berubat.

Oleh itu, mewarnakan inai pada tangan atau mewarnakan kuku diharuskan kepada kaum perempuan sahaja.

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda SAW lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.”
(HR Abu Dawud)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah SAW. Dikatakan kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah SAW: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang."
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)


Wallahu a’lam.

Artikel berkaitan:
  1. Bidaah dalam pesta perkahwinan
  2. Majlis bersanding adalah haram

----------------------------------------
Rujukan:
1. Ensiklopedia Sunnah dan Bidaah oleh Syeikh Sa'ad Yusuf Abu Aziz. Cetakan kedua (2010). Perniagaan Jahabersa.

2 comments:

nenao berkata...

owhh.. pasal inai nena ada baca kat majalah al-islam. terbaca.. memang lelaki haram pakai inai. tapi perempuan disunatkan. tp u tulis harus. tapi ada la jugak tengok kat web2 jabatan agama negeri lain. tapi lain2 pendapat. pening. lastly.. nak ikut apa yang tulis kat majalah al-islam jer. btw.. nena pernah gaduh mulut dgn someone yang lagi tua yang ada talian..dan harus direspect.. mengenai inai hram dipakai lelaki. tapi dia berkata. "ustaz mana yang cakap lelaki haram pakai inai?? tu ustaz bodoh!" then i pertahankan apa yang i baca.. die still x percaya n nak menang.. lastly i said "up to you la who's care bout you"~ sigh*

Afiqme berkata...

tak apa lah .. doakan mudah-mudahan satu hari nanti dia mendapat petunjuk ...

tentang hukum sunat atau harus .. nanti akan di check balik di beberapa kitab fiqh .. thanks for the info...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010-2012 Pen Intelligi
Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes
Layout modified by Afiqme Artwork
Sponsored by Internet Entrepreneur