Ketika berada di Masjid besar Shah Alam sebentar tadi, saya telah mendengar pengumuman tentang satu forum yang berlangsung di Taman Kesenian Islam di Shah Alam. Dikhabarkan juga ada pameran pedang Rasulullah SAW serta para sahabat r.a.
Selepas isyak saya terus bergegas ke sana tetapi rupanya pameran itu hanya berlangsung sehingga jam 6 petang. Saya juga tidak pasti sama ada pameran itu bakal mempamerkan pedang asli atau hanya replika. Saya bercadang untuk pergi esok. Tiket masuk dewasa adalah RM10 dan kanak-kanak RM5. Pameran bakal berlangsung sehingga 8 Ogos ini.
Pameran sebegini adalah suatu pameran yang tidak boleh dilepaskan. Mari bersama-sama kunjungi Pameran Pedang Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.!!
UPDATE
Saya sudahpun mengunjungi pameran ini. Ia suatu pengalaman yang menarik. Akan tetapi jika anda ingin bergambar, anda harus membayar RM10 (harga ini termasuk servis ambil gambar + print).
Pedang-pedang serta barang lain seperti tongkat, busur dan sebagainya, adalah replika. Cuma ada satu pedang yang tidak ditulis 'replika', akan tetapi mungkin juga pedang itu pun adalah replika. Turut ada replika rumah Rasulullah SAW.
Pedang yang paling menarik dan ganas pada saya adalah pedang Zulfiqar yang diserahkan kepada Ali bin Abi Talib r.a. dan juga pedang Uthman Affan r.a.
Venue: Taman Kesenian Islam, Shah Alam
Tarikh: 8 Julai - 8 Ogos
Masa: 9 pagi - 6 petang
Tiket: RM10 (dewasa) RM5 (kanak-kanak)

0 comments:
Catat Ulasan