Lanjutan dari posting Majlis bersanding adalah haram, saya baru sahaja membaca sesuatu yang turut berkait rapat dengan artikel tajuk di atas, iaitu bab Bidaah dalam Pesta Perkahwinan dari buku 'Bidaah dan Syirik' karya Dr Yusof Qaradhawi dan Muhammad Al-Ghazali.
Di antara hujah serta isi penting yang dikemukakan adalah:
1. Kebanyakan pesta perkahwinan dilakukan dengan berlebih-lebihan dan memaksa diri. JARANG SEKALI mereka yang mengadakan pesta perkahwinan itu dengan sederhana sahaja. Sedangkan inilah sebenarnya sunnah (dengan bersederhana).
2. Perempuan muslimah yang menghadiri majlis tidak cukup berpakaian sederhana, mereka biasanya menggayakan kain yang termahal.
3. Umat Islam seharusnya memperingankan beban majlis kerana pesta perkahwinan hari ini hanya dipenuhi oleh nafsu makan serta riak dan perbuatan-perbuatan yang rendah dan tidak bererti.
4. Ibnu Umar r.a. berkata: "Kami dilarang memberat-beratkan diri."
5. Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda: "Ingat! Mudah-mudahan binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan." (Hadith riwayat Muslim)
6. Majlis kahwin hari ini menelan belanja yang sangat besar sehinggakan hidangan tidak termakan oleh orang yang lapar dan papa.
7. Umat Islam berkewajipan memerangi seluruh kemungkaran termasuklah di dalam masalah seksual (pelacuran, zina). Tidak cukup sekadar memalingkan atau dengan mengharuskan HIDUP MEMBUJANG beberapa tahun lamanya. Hal tersebut mustahil dapat diterima akal. Hanya dari segi perkahwinan saja merupakan jalan yang pertama dan jalan akhir untuk mengatasi masalah kelamin.
Di dalam hal di atas, masyarakat Islam banyak sekali yang beranggapan bahawa menangguhkan perkahwinan dan memanjangkan masa krisis seksual sebelum perkahwinan itu tidak mengapa sehinggalah memungkinkan mahar (mas kahwin, hantaran) yang dikeluarkan banyak. Buktinya, adat tradisi lebih diutamakan daripada melindungi agama.
----------------------------------------
Marilah kita bersama-sama mengikut jalan Islam yang sebenar. Tinggalkanlah perkara-perkara yang menghalang kepada jalan-jalan kebaikan. Tiadalah kebaikan yang didapati apabila kita mengamalkan sikap berlebih-lebihan serta membazir-bazir. Alasan majlis perkahwinan hanyalah sekali seumur hidup bukanlah lesen untuk berbelanja sesuka hati. Perbelanjaan sekali seumur hidup ini pun jika tidak berhati-hati akan menyusahkan di kemudian hari kelak.
Artikel berkaitan:
----------------------------------------
Rujukan: Bidaah dan Syirik oleh Dr Yusof Qardhawi dan Muhammad Al-Ghazali. Cetakan kedua 2007. Jasmin Enterprise.

1 comments:
thanks atas info berguna
Catat Ulasan